PENDAFTARAN

Pendaftaran keahlian Kadet PKBM Darat dibuat sekali setahun iaitu bermula pada bulan Januari hingga bulan April pada tiap-tiap tahun. Namun demikian, pendaftaran adalah mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Sel ini kepada Briged-briged. Oleh yang demikian, pasukan dikehendaki merujuk tarikh bagi perlaksanaan pendaftaran pada Formasi masing-masing.

Pasukan perlu membawa beberapa keperluan semasa membuat proses pendaftaran seperti berikut:

  1. Borang Pendaftaran Keahlian Kadet PKBM Darat yang telah dilengkapkan.
  2. Senarai Nama Kadet Yang Masih Aktif (lengkap dengan No. Kadet, No. K/P, Tingkatan dan sertakan bersama soft copy).
  3. Senarai Nama Kadet Yang Telah Berhenti/Pindah/Menamatkan Persekolahan.
  4. Senarai Nama Kadet Yang Baru (lengkap dengan No. K/P, Tingkatan dan sertakan bersama soft copy).
  5. Borang Kesihatan (lengkap dan pemeriksaan telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf).
Borang hendaklah lengkap iaitu diisi dari Bahagian 1 hingga Bahagian 6 manakala Bahagian 7 akan dipenuhi oleh Sel ini. Kesemua bahagaian hendaklah di Cop dan ditandatangani oleh Ibu/Bapa/Penjaga dan Pegawai Pasukan dan Formasi.

        

No comments:

Post a Comment