SEJARAH RINGKAS

   Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), dahulunya dikenali sebagai Pasukan Kadet Tenteratelah ditubuhkan disekolah-sekolah sejak tahun 1923 lagi. Penubuhannya bertujuan melatih sebahagian guru dan pelajar-pelajar yang berminat dalam ilmu ketenteraan. Antara sekolah yang mula mewujudkan Pasukan Kadet Tentera Ialah Sekolah Penang Free, Pulau Pinang Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan ini tertakluk di bawah undang-undang Negeri Selat.

   Pasukan Kadet Tentera ini digabungkan dengan Unit-Unit Sukarelawan Tentera Darat untuk tujuan latihan. Lazimnya Pegawai Memerintah Unit Sukarela ini menganggap latihan Pasukan Kadet Tentera ini adalah sebagai asas untuk melatih pengambilan anggota baru tentera, Pegawai Tidak Tauliah (PTT) dan Pegawai. Aktiviti Pasukan Kadet Tentera ini telah terhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus dari tahun 1942 hingga 1945.

   Selepas perang tamat, pada tahun 1946 Pasukan Kadet Tentera telah dihidupkan semula secara tidak rasmi atas persetujuan Pemerintah Tentera British dan Pasukan Sukarelawan Tentera Darat.

   Pada tahun 1952, satu Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu telah diistiharkan. Dengan pengistiharan Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu (No 46 tahun 1952) pengesahan Kadet Tentera di sekolah-sekolah telah diiktiraf dengan rasminya. Seterusnya pada tahun 1954, satu lagi pengistiharan Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu iaitu L/N/335 tahun 1954.

   Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu telah menempuh satu lagi perkembangan pada tahun 1967 di mana satu lagi Undang-Undang berkaitan Pasukan Kadet telah diluluskan iaitu Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967 (No 68 tahun 1967). Dengan itu tertubuhlah dengan rasminya Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

2 comments:

  1. Pkbm victtoria institution di tubuhkan pada tahun 1900.pada mula nya ia dikenali sebagai victoria institution cadet corps (VICC)....ia merupakan pasukan kadet sekolah yang pertama sekali di tubuhkan sehingga penubuhan unit lain di sekolah berasrama penuh dan sekolah harian.antara nya SJI.selain tu Air training corps (ATC) juga di tubuhkan beberapa tahun kemudian...tiada pkbm laut lagi masa tu.....semua unit digabungkan kemudian atas nama combined cadet corps yg kini dikenali sebagai PKBM

    ReplyDelete